FADZLI YUSOF: PROFIL PROFESIONAL

Link ke blog Fadzli Yusof ialah http://www.kuasamotivasi.comPhotobucket

Hj Fadzli Yusof merupakan seorang Professional Trainer & Speaker yang menumpukan komitmennya dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Berikut adalah beberapa profil profesional beliau:

  • Beliau adalah Principal Trainer di Global Genius Consultant Sdn Bhd (Untuk latihan korporat & profesional), dan RK Training & Management (Untuk Latihan Pelajar, Belia dan Remaja).
  • Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat.
  • NLP Coach dan NLP Master Practitioner (NFNLP, Florida)
  • Certified Profesional Trainer oleh Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
  • Ijazah Sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.
  • Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan pensyarah IPTA.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).
  • Alumni ESQ Leadership dan ESQ MCB.

PENULISAN BUKU MOTIVASI & BINA INSAN:

Telah menghasilkan 30 judul buku berkaitan motivasi bina insan dan pembangunan diri. Beberapa tajuk menjadi bestseller di pasaran (Carta buku di MPH Bookstores, Popular Bookstores, dan Resensi RTM).

  • Kini,  lebih 100,000 naskhah bukunya telah terjual di pasaran.
  • Ada  judul yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia.
  • Buku Mengurus Kerja dan Waktu, menjadi rujukan rasmi dalam silibus ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
  • Buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah terpilih sebagai Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2008 (Kategori Non-fiksyen).
  • Buku 55 Petua Orang Berjaya (ditulis bersama dengan Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah) berada di senarai bestseller sejak tahun 2004 hingga 2008. Photobucket
  • Baca bukunya secara online dalam Google Book. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang judul-judul buku beliau, sila klik di sini

Photobucket

PENAMPILAN DALAM MEDIA:

Sepanjang penglibatan dalam bidang motivasi dan latihan, beliau sering dijemput oleh media untuk berkongsi tip dan hikmah dalam proses pembangunan insan dan binadiri.

Antara penampilan beliau ialah:

1. Penceramah Motivasi Pagi TV3
2. Penceramah Motivasi Murid TV9
3. Panel Jemputan dalam Segmen Remaja IKIM.fm
4. Klip Motivasi Radio 24
5. Motivator dalam ASTRO AWANI
6. Motivator dalam U Remaja dan  Respon di TV1
7. Motivator dalam Inspirasi Radio Nasional.fm
8. Motivator dalam Selamat Pagi Malaysia (Siaran langsung)
9. Motivator dalam rancangan Stylo RTM
10. Motivator dalam rancangan Keluarga Bahagia RTM
11. Motivasi dalam rancangan Anggun Bergaya RTM
12. Kolumnis majalah Dewan Siswa 2006-2007
13. Kolumnis majalah eSiswa 2007-2008
14. Kolumnis Kerjaya Mingguan Wanita 2006
15. Kolumnis Segmen Motivasi dalam majalah SOLUSI
16. Klip Motivasi Radio Traxx.fm
17. Terpilih sebagai Personaliti Pilihan dalam Majalah i, Anis, Pa & Ma, Mingguan Wanita, Nur, Berita Harian dan beberapa lagi.

Lebih lanjut tentang penampilan beliau di media, sila KLIK DI SINI Photobucket

Kita meramalkan Sdr. Fadzli Yusof akan menjadi pakar motivasi pembangunan diri paling top di negara kita dalam tempoh kurang sepuluh tahun dari sekarang. Beliau mempunyai kriteria yang membolehkan dirinya diterima baik oleh masyarakat sebagai pendorong - seorang yang memiliki ketampanan fizikal dan juga ketampanan sosial. PhotobucketInilah dia wajah tokoh ‘National Motivator’ bagi negara kita pada masa depan, mengambil alih status itu daripada Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah apabila beliau bersara.. Orang Malaysia, tunggu! Selepas Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, mentee beliau akan meneruskan perjuangan tokoh itu di atas persada motivasi negara.”

Puan Ainon Mohd Pengasas / Pengerusi Kumpulan PTS www.universitipts.com www.pts.com.my

WordPress Themes